Menurut Nolita Tsengiwe ahli psikologi, apabila kamu termasuk
dalam golongan yang gemar memburu masa iaitu bererti sentiasa sibuk kadar
‘stress’ dalam tubuh akan semakin meningkat. Akibatnya, kesihatan fizikal dan
mental akan sentiasa terganggu. Risiko untuk kamu mendapat penyakit-penyakit
berbahaya lebih cerah berbanding dengan orang yang sentiasa ‘cool’. Selain
daripada itu kamu juga akan berhadapan dengan perkara-perkara berikut:
1)
Hidup
akan sentiasa rasa bosan dan kosong. Tidak tahu apa aktiviti yang mahu
dilakukan kerana sentiasa memikirkan tentang kerja atau tugasan yang tak pernah
habis.
2)
Sentiasa
dalam keadaan tertekan dan terburu-buru kerana kamu akan beri ‘dateline’ pada
diri untuk setiap perkara.
3)
Kamu
akan kehilangan focus untuk memberikan tumpuan yang minimum di dalam semua
pekerjaan yang kamu buat.
4)
Kamu
akan menjadi seorang individu yang moody, pemarah dan mudah naik angin tanpa
sesuatu sebab yang kukuh. Akibatnya, kamu mula kehilangan rakan dan kekasih
juga turut menjauhkan diri.
5)
Hasil
kerja kamu kurang berkualiti. Kamu sentiasa tergesa-gesa untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan kepada kamu kerana memikirkan banyak lagi tugasan yang
perlu disiapkan.
6)
Tidak
ada masa untuk bersosial kerana dirasakan ianya tidak penting dan membuang
masa.
7)
Apabila
berhadapan dengan kegagalan, kamu terlalu kecewa dan sukar untuk menerima
kekecewaan tersebut.
8)
Tidak
mempunyai kawan yang sanggup susah dan senang bersama. Ini kerana waktu mereka
susah atau senang sekalipun kamu tidak pernah bersama mereka. Malah mereka juga
akan menganggap kamu seorang rakan yang pentingkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment